• Main
  • News

Apakah Nasib Kontraktor Dalam Krisis Covid 19 Ini

Apakah Nasib Kontraktor Dalam Krisis Covid 19 Ini

Apakah nasib kontraktor dalam krisis covid-19 ini ?

1. Krisis covid-19 ini telah melanda negara kita dan menyebabkan ekonomi negara terjejas. Sektor pembinaan yang menjadi penyumbang besar kepada GDP negara, juga terjejas dalam krisis ini. Negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM 2.4 billion. Ya, RM 2.4 billion !
.

2. Kontraktor menghadapi dugaan yang sangat besar dalam krisis covid-19 kerana sehingga hari ini, pendapatan kontraktor masih terjejas. Kenapa?
.

3. Pertama, bila berlaku nya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentu kontraktor tak boleh jalan kerja. Baik kerja projek besar mahupun projek kecil. Semua jenis kontraktor dari G1 – G7 terkesan.
.

4. Apabila kerja tak jalan, sudah tentu claim pun tak boleh dapat. Yelah, claim nak kena submit atas work progress. Ini belum cerita lagi kalau claim yang belum dapat 3 – 4 bulan yang lepas, lagi parah….
.

5. Kedua, gaji pekerja tetap kena bayar. Apatah lagi syarikat kontraktor yang ada 50 – 100 orang pekerja dekat site ? Lagi banyak kena tanggung sebab makan minum konsgi mesti nak kena jaga, kan ?
.

6. Maksudnya dekat sini, cash inflow takde. Tapi cash outflow tetap berjalan. Ini menyebabkan kontraktor terpaksa menelan kerugian selama 2 bulan. Ya, 2 bulan duit keluar tapi takde duit masuk. Mungkin akan bertambah lagi….
.

7. Sekarang, kerajaan telah benarkan kontraktor untuk mula kerja. Tapi, adakah ini bermaksud kerja – kerja kontrakor akan ” pick up ” seperti biasa dalam masa sebulan ini ? Jawapannya, TIDAK !
.

8. Ada beberapa sebab. Antaranya ialah kawalan yang sangat ketat dari kerajaan mahupun kerajaan negeri yang memerlukan kontraktor untuk mendapatkan kelulusan sebelum bekerja.
.

9. Ya, memang banyak pelanggan kontraktor di bawah iConstruct memberi pendapat bahawa SOP untuk mendapatkan kelulusan itu agak leceh. Ramai yang mohon tapi rayuan ditolak.
.

10. Lihat sahaja, walaupun kerajaan telah membenarkan industri pembinaan untuk jalan kerja sejak 14 April, tapi masih ramai kontraktor yang belum jalan kerja. Kontraktor projek kecil mahupun projek besar. Ramai antara mereka yang sanggup tunggu selepas habisnya PKP iaitu pada 12 Mei 2020.
.

11. Ya, memang lambat dan ini mengambil masa yang lama untuk kontraktor ” pick up ”. Mungkin 3 bulan, dan mungkin akan melarat ke 5 bulan jika situasi bertambah teruk.
.

12. Jadi, kepada semua kontraktor di luar sana, kita sedang mengalami situasi ekonomi yang sangat getir. Memang susah dan sebagai kontraktor, kita perlu tabah dalam menghadapi dugaan ini.
.

13. Dalam krisis ini, kontraktor perlu kurangkan kos perbelanjaan syarikat untuk pastikan anda boleh ” survive ”. Seeloknya, kontraktor perlu jimatkan wang yang ada supaya duit yang anda ada boleh ” rolling ” untuk cover kos perbelanjaan syarikat terutamanya tenaga pekerja.
.

14. Kontraktor juga perlu cari jalan untuk mendapatkan claim dengan cepat daripada klien. Kontrakor perlu ada ” skill set ” untuk kenal pasti projek yang mampu siap dalam situasi sekarang dan seterusnya boleh submit claim ke klien. Ada beberapa cara lagi yang iConstruct akan kongsi dalam posting akan datang.
.

15. Akhir kata, kuatkan semangat untuk mengharungi situasi ini dan doakan krisis kesihatan dan ekonomi bakal ditamatkan dalam masa terdekat. Ini penting supaya ekonomi negara kita termasuk sektor pembinaan dapat berkembang dengan pesat dalam masa terdekat.
.

16. Kontraktor harus cekal dan tabah ! Ya, kita boleh ! Ingat, #kitajagakita !
.

Sekian, terima kasih.

iConstruct,
Pembekal bahan binaan online

www.iconstruct.my/tempahan1
📞 017 - 251 1652 / 017 - 489 0009