• Main
  • News

Plastik Biru Untuk Apa Sebenarnya??

Plastik Biru Untuk Apa Sebenarnya??

Plastik Biru Untuk Apa Sebenarnya??
.

Tahukah anda setiap rumah wajib diletakkan palstik biru ini, sebelum kerja konkrit lantai dilakukakan..

.

Jom iConstruct kongsikan secara ringkas..

.

Plastik biru ini dalam panggilan saintifik adalah ‘Plastic Membrane Sheet’ / Damp proof membrane / PE Sheet.

.

Plastik ini diletakkan di atas permukaan tanah yang akan dituang konkrit . Tanah yang dimasukkan ke dalam ground beam akan disiram air terlebih dahulu bagi tujuan mendapan tanah sehari sebelum plastik biru dihampar.

.

Kemudian, “compactor” digunakan untuk memampatkan tanah tersebut. Selepas itu, racun anai-anai akan disiram ke tanah itu.

.

Apa tujuan sebenar plastik biru ini??

.

- Mengelakkan air atau wap air naik ke permukaan atau menyebabkan lantai berpeluh apabila mudim hujan.

- Mengelakkan anai-anai atau serangga naik ke permukaan.

- Mengurangkan risiko mozek/tiles yang besar dari tercabut.

- Mampu memastikan konkrit kering dengan baik tanpa gangguan serapan air dalam tanah.

Nampak macam tiada apa , tapi inilah fungsi plastik biru ini.

.

Segala pertanyaan harga barang melalui iConstruct boleh hubungi :

017-489-00009 ( Hasif )
017-251-1652 ( Iddin )