Jenis-Jenis ATAP Yang Selalu Kontraktor Pakai
.
Macam-macam jenis atap yang dah selalu tengok tapi masih tak tahu nak bezakan
.
Ramai yang masih tak tahu apa guna dan kelebihan jenis jenis atap. Lain atap lain kelebihannya.....
.
Haaa jom iConstruct kongsikan jenis-jenis atap yang selalu kontraktor pakai:
.
1. Tanah Liat
Material ni memang ramai yang sudah tahu dan pakai. Atap jenis ni sangat kuat tahan angin. Walaupun dia tidak ada size yang banyak, harga atap tanah liat biasanya murah je. Jenis atap ni susah nak lapuk, terbakar, ataupun dimakan serangga.
.
2. Genting
Bukan yang kat Pahang tu.. Material atap yang ni memang berat, lebih berat dari tanah liat. Tapi, bahan ni sangat kuat kalau nak hadap cuaca apa sahaja. Atap ni juga kalis api. Bentuknya banyak, ada yang bergelombang, ada yang datar. Warnanya pun banyak.
.
3. Metal Deck
Metal Deck biasanya ada dalam bentuk kepingan. Biasanya dibuat daripada baja lapis ringan (zincalume steel). Atap ini boleh dibentuk menjadi bentuk yang lain. Beratnya ringan. Jadi, kuranglah 'pressure' pada struktur rumah. Yang hebatnya, material ni boleh pantulkan tenaga panas. Jadi, rumah akan terasa sejuk je. Material ni biasanya adalah 'stainless steel'. Jadi, atap ni tak mudah karat.
.
4. Asbestos
Atap asbestos biasanya ringan dan juga tahan lama. Atap jenis ni boleh buat rumah sejuk sebab jenis ni tak serap panas. Tapi, asbestos ni senang retak. Kalau dah terpijak tu, memang kena ganti yang baru. Serat asbestos boleh juga terlepas sehingga membahayakan kesihatan ( penyakit kanser paru-paru).
.
5. Seramik
Jenis ni berasaskan tanah liat tapi sudah tambah 'glazer' pada bahagian atas. Sebab tu dia nampak licin, mengilap, dan juga banyak jenis warna. Jenis ini memang tahan lama, warna kekal dan tak perlu nak cat berkali-kali. Tapi, cara pasangan atap ni perlu kecondongan minimum 30 degree. Ni sebab air hujan boleh mengalir.
.
Jom “share” posting ini berkaitan jenis atap yang biasa kontraktor pakai..