• Main
  • News

6 Tips Untuk Keringkan Konkrit Dengan Cepat

6 Tips Untuk Keringkan Konkrit Dengan Cepat

6 Tips Untuk Keringkan Konkrit Dengan Cepat

.
Kontraktor selalu rasa tak sempat pulak konkrit ni nak kering esok. Hmmm bila tak sempat kering, dah delay pulak kerja kerja lain

.
Ramai yang mungkin tak tahu cara mudah untuk keringkan konkrit dengan cepat.

.
Mari iConstruct kongsikan 6 tips untuk cepatkan kerja anda:

.
1. Guna jumlah air yang betul dalam campuran. Kalau banyak sangat air, proses keringan tu akan jadi lagi lama

.
2. Gunakan campuran kandungan simen yang tinggi untuk kurangkan masa kering. Tapi, ada juga risiko retak sebab concrete tu boleh susut.

.
3. Guna agregat sintetik. Kalau guna agregat ringan, air boleh kena serap banyak. Jadi, masa nak kering tu lagi lama. Agregat sintetik memang tak serap air, tak perlu risau

.
4. Masukkan kalsium klorida ke dalam konkrit sebelum dicurah ketika masih basah

.
5. Kalau boleh letak la 'heater' dekat dengan konkrit. Suhu naik, lagi cepat concrete kering

.
6. Letak kepingan plastik atas konkrit untuk elak kelembapan daripada keluar. Kelembapan memang penting untuk sembuhkan konkrit. Jadi, lagi cepat konkrit boleh kering

.
Harap dengan info boleh lah cuba supaya konkrit dapat kering dengan lebih cepat????

Jom “share” info yang bermanfaat ini dengan kontraktor lain