
Kenapa Pentingnya Guna ALUMINIUM FOIL Untuk Bumbung ?
.
Selalu sangat tengok kontraktor pasang Aluminium Foil tapi tak tahu guna untuk apa...hmm
.
Jom iConstruct kongsikan betapa pentingnya aluminium foil pasang di atap
.
Aluminium ni sebenarnya adalah barang yang sering dipakai untuk tahan panas. Aluminium foil yang pasang kat atap boleh mencerminkan lebih dari 96% haba berseri.
.
Aluminium foil untuk penebat bumbung sudah dipakai oleh satu dunia.
Banyak kelebihan kalau kita pakai aluminium foil sebagai penebat rumah:
.
1) Haba di luar tak dapat masuk rumah
Senang cerita, haba tak dapat nak masuk dari luar ke dalam rumah.
Jadi, air-cond kat rumah tak perlu nak hasil tenaga yang banyak untuk sejukkan rumah. Haa dah boleh cerita kat bini dah... heheh jimat....
Tenaga suria memang panas dan boleh tembus bumbung sebab daya pancaran yang tinggi. Jadi, boleh berlaku kenaikan haba.
.
2) Ringan Dan Lembut
Kedudukannya yang kat bawah bumbung tak akan bagi ‘pressure’ pada struktur rumah
.
3) Jimat Kos Elektrik
Bil elektrik boleh naik tinggi kalau kita selalu guna air cond.
Aluminium foil untuk atap boleh jimatkan tenaga, kos dan paling penting bangunan masih sejuk sebab haba tak dapat nak masuk rumah.
.
Jadi, kalau nak tidur lena di rumah tu dan nak jimat kos tenaga elektrik ...... jangan lupa pasang aluminium foil di atap ye ????????
Jom “share” info ni kepada kontraktor - kontraktor lain.