
Perbezaan Porcelain Tile dan Ceramic Tile
.
Nampak macam lebih kurang tapi lain sebenarnya. Ramai lagi tak tahu beza dua tiles ni
.
Jom iConstruct kongsikan perbezaan porcelain tiles dan ceramic tiles
.
1) Penyerapan Air
Porcelain ni lagi padat dan lagi keras. Porcelain tiles ni lagi susah nak kotor dan lagi susah nak serap air. Jadi, kalau nak pakai untuk lantai tandas lebih elok pakai porcelain tiles.
2) Kecantikan
Porcelain tiles juga lagi banyak pilihan design dia daripada ceramic tiles. Tiles ni boleh tiru design yang menarik macam "lantai marble" atau design macam kayu kayu skit ke. Kalau ceramic tiles, dia tak banyak pilihan. Kebiasaannya ceramic tiles ada "solid colour" je.
.
3) Ketahanan
Porcelain tiles ni lagi padat daripada ceramic tiles. Jadi, kalau nak pakai untuk kerja berat lagi sesuai pakai porcelain tiles. Ceramic tiles ni lagi senang pecah.
.
4) Pemasangan
Ceramic tiles ni kurang padat daripada porcelain tiles. Jadi, dia lagi senang untuk potong. Kalau lagi senang potong, lagi senang nak bentuk. Lagi senang bentuk, lagi senang nak pasang kat rumah.
.
5) Costing
Kebiasannya, porcelain tile ni lagi mahal daripada ceramic tile sebab kualiti dia lagi bagus
.
6) Tempat Dipasang
Ceramic tiles ni banyak dipasang kat lantai. dinding dan bahagian dalam rumah. Porcelain tiles ni biasanya dipasang kat lantai. Porcelain tiles ni biasanya boleh jumpa dekat tempat komersial macam hotel dan pejabat sebab dia nampak lagi menarik
.
Jom “share” info menarik ni dengan kontraktor kontraktor lain