• Main
  • News

Kenali Sebab- Sebab Retakan Konkrit

Kenali Sebab- Sebab Retakan Konkrit

Kenali Sebab- Sebab Retakan Konkrit

.
Konkrit retak ni memang benda biasa. Tapi ramai lagi yang tak pasti sebab apa konkrit tu retak

.
Jom iConstruct kongsikan sebab sebab konkrit retak:

.
1) Plastik kecut

Retak ni biasanya terdapat pada arah bucu "slab". Campuran konkrit yang banyak sangat air adalah faktor konkrit ni boleh kecut.
Cuaca panas pun satu lagi sebab besar retak pengecutan plastik terjadi

.
2) Konkrit Kembang

Haba boleh buatkan konkrit kembang. Apabila konkrit mengembang, konkrit boleh tolak semua benda yang menghalangnya. Sebabkan konkrit ni tak "flexible", konkrit ni akan retak bila berkembang. Bahan2 macam asfalt atau getah boleh pisahkan antara dua belah konkrit. Sebabnya, bahan bahan ni boleh hilangkan "pressure" yang disebabkan oleh konkrit yang mengembang dan boleh halang retakan

.
3) Konkrit Terangkat

Biasanya retakan ni boleh berlaku sebab pokok terlalu dekat dengan "slab". Akar yang tumbuh boleh angkat dan pecahkan permukaan konkrit. Kontraktor perlu sentiasa pertimbangkan perkara ni kalau nak pasang slab. Retak ni juga agak biasa di negara cuaca sejuk

.
4) Tanah Mendap

Tanah yang mendap di bawah slab konkrit boleh menyebabkan keretakan. Biasanya terjadi kalau ada pokok besar dikeluarkan dari tempat berdekatan dan akarnya mula reput. Retak ni boleh terjadi juga kalau ada kerja kerja gali parit untuk buat kerja paip dan lain-lain.

.
5) Muatan Berat Atas Konkrit

Walaupun konkrit memang bahan binaan yang sangat kuat, konkrit ni juga ada had dia. Lepas hujan lebat, masa tanah kat bawah tengah lembut dan basah, berat yang berlebihan pada slab boleh tekan konkrit tu ke bawah dan boleh terjadi retakan. Pembawa lori mesti selalu sangat nampak retak ni

.
6) Konkrit kering terlalu cepat

Retakan ni nampak macam "spider web" atau kaca pecah. Apabila bahagian atas slab konkrit hilang kelembapan terlalu cepat, retakan ni boleh terjadi

.
Jom “share” info berguna ni dengan kontraktor lain