
Macam mana lori concrete ni berfungsi ??
.
Setiap lori konkrit ni ada tong di bahagian atas tu untuk stor konkrit dalam tong tu...
.
Konkrit dalam tong ni dicampurkan dengan bilah tajam. Dalam lori tu, konkrit tu akan berpusing untuk mengelakkan konkrit tu jadi keras
.
Tong lori konkrit berpusing ke satu arah untuk campurkan konkrit, dan arah yang berlawanan untuk tuangkan konkrit keluar dari tong
.
Kebanyakan lori konkrit membawa kira-kira 18,100 kg ( 18.1 tan) konkrit
.
Biasanya, konkrit perlu dihantar ke site dalam masa 90 minit selepas dah bancuh konkrit dekat plant
.
Konkrit dalam lori tak boleh tunggu lama. Jangan konkrit duduk dalam tong tu sampai 3 jam. Confirm konkrit akan keras, bila keras dah tak boleh tuang dah ????