
SELAGI KITA BOLEH TOLONG, KITA TOLONG ❤️????
.
Alhamdulillah, semalam team iConstruct ke Idaman Lakeview Jaya di Bentong, Pahang untuk berjumpa dengan Encik Ashmawi Hashiki untuk memberi bantuan bahan binaan setelah rumahnya mengalami kerosakan yang teruk akibat banjir dahsyat Sabtu lalu.
.
Kami terjumpa video abang mawi tular di media sosial. Kami merasa sangat terkesan melihat video yang sungguh menyayatkan hati tersebut.
.
Kebetulan, banyak sangat kerosakan rumah yang melibatkan bahan binaan. Kami mengambil langkah untuk pergi kesana membantu abang mawi memberi bahan binaan secara percuma.
.
Di kawasan perumahan abang mawi ni , keadaan di sana selepas bencana banjir sangat meruntunkan jiwa kami. Selut lumpur bercampur dengan najis naik ke atas seluruh jalan sehingga 2 kaki tinggi. Hampir semua rumah siling runtuh, sliding door kaca pecah.
.
Kami hanya mampu untuk memberi sumbangan
kepada mangsa banjir mengikut saiz kemampuan kami. Kami hanya mampu berdoa agar seluruh penduduk taman di kawasan rumah abang mawi terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
.
Dengan bantuan bahan binaan kami kepada abang Mawi, kami berharap agar ia dapat meringankan sedikit beban abang mawi untuk membaiki semula mahligai syurga abang ❤️
.
Semoga persahabatan kita terus kekal bersama Abang Mawi, insyaAllah. Jangan bersedih lagi ❤️????
.
Nanti kita makan tempoyak ikan patin lagi sekali ????
.
#banjir #daruratbanjir #prayformalaysia #keluargaiconstruct #iconstruct #bahanbinaan