• Main
  • News

Bumbung Asbestos Membunuh?

Bumbung Asbestos Membunuh?

BUMBUNG ASBESTOS MEMBUNUH? ????

“Asbestos ni bahaya weh baik kau cepat-cepat tukar bumbung rumah kau!”

Korang pernah dengar tak ayat macam ni?

Korang rasa benda ni betul ke main-main je?

Kalau korang nak tahu, sejarah dan bahayanya asbestos ni dah disedari sejak zaman ancient Greek dan Rom.

Ahli geografi Greek, Strabo admit yg penyakit paru-paru ada dalam kalangan hamba yang terdedah dengan asbestos, so dia tak galakkan org ramai untuk membeli hamba yang kerja dengan asbestos sbb mereka cenderung untuk mati lebih awal!

Tapi zaman skrg ni, masih ada yang pakai bumbung asbestos kt rumah diorang!

Tak takut ke sebab bahaya gila weh!

Meh min cerita sikit pasal asbestos ni..

Asbestos ni adalah satu bahan yang satu masa dulu digunakan secara meluas dalam perumahan dan bangunan.

Korang tahu tak yg atap bumbung ataupun siling rumah korg mungkin ada asbestos yang berisiko perlahan-lahan memusnahkan paru-paru korang?

Korang sedar x yg Malaysia masih belum mengharamkan sepenuhnya asbestos walaupun Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dah advice?

Asbestos ni nama umum yang diberikan kepada mineral-mineral gentian silikat yang terbentuk secara semula jadi, ditemukan kat dalam batu dan tanah.

Ia terjadi daripada gumpalan serat (fibre) yang berbeza-beza saiz dan bentuk.

Kalau tengok kt bawah mikroskop, boleh nampak yg serat-serat ini terdiri daripada struktur fibril macam kaca dan jarum.

Antara negara yang pernah dan masih melombong asbestos secara besar-besaran dan merupakan eksport terbesar ialah Kanada, Brazil, China, Russia, dan Afrika Selatan.

Tapi kenapa asbestos ni dipakai secara begitu meluas pada suatu masa dulu? Ini sebab kerana specs asbestos yang sgt ideal untuk kegunaan industri dalam big scale sebab asbestos ni murah, tak larut dalam air dgn
asid kecuali chrysotile, menebat haba dan api, serap bunyi dan sangat kuat!

Asbestos ni tergolong dalam dua kumpulan mineral iaitu serpentine dan amphibole. Function asbestos serpentine macam panel drywall, plaster, panel kalis api, pakal (caulk), selimut kalis api, bumbung, pakaian kalis api dan lain-lain. Function asbestos amphibole pulak bod penebat berketumpatan rendah, jubin siling, simen asbestos untuk pembinaan dan paip, gasket dan lain-lain.

Tapi apa yang bahayanya?

Menurut WHO, dalam 125 juta pekerja terdedah kepada asbestos di tempat kerja dan dianggarkan 107000 orang mati every year sebab ARD (Asbestos Related Disease) macam asbestosis, efusi pleura, mesothelioma dan kanser paru-paru. Asbestos ni pun boleh mengakibatkan kanser larinks dan ovari weh!

Takkan tak seram?!

Kat Malaysia ni usaha pertama untuk cuba study kesan pakai asbestos start bila 1000 pekerja kilang simen asbestos daripada tahun 1995-1997 telah menemukan 2 kes asbestosis dan 1 kes kanser bronki. Pada 1999-2003, ada 21 kes mesothelioma dan laporan yang sama merekodkan 8353 kes neoplasma malignan pada bronkus dan paru-paru.

Tapi start 1999, pengharaman penggunaan asbestos dalam pembinaan sekolah, klinik dan hospital kerajaan dah enforce. Masa tahun2005, menerusi Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan 2005, pelaksanaan ini merangkumi kesemua bangunan kerajaan.

Namun, produk asbestos untuk industri pembinaan seperti atap dan jubin siling masih wujud dalam pasaran dan ia masih dibenarkan untuk bangunan persendirian.

Memang tak boleh brain..

Conclusionnya, memang masih ada rumah kt Malaysia ni pakai bumbung asbestos.

Dia x nampak skrg tau sakit tu, tapi bila dah lama-lama nanti memang akan bagi kesan.

Disarankan untuk sape yg pakai bumbung asbestos tu, tukar kepada bumbung genting okay? Ini memang untuk kebaikan korg jugak ????

#bumbungasbestos #iconstruct #infopembinaan #constructioninfo #bumbung #atap